PETALING JAYA – Malaysia dan Perancis terus memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan menerusi kerjasama dalam sektor pembuatan termaju, teknologi serta pembangunan rantaian nilai unsur nadir bumi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, Marc Abensour, di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), semalam.
“Saya menekankan kepentingan pelaburan yang memperkukuh keupayaan industri tempatan, membuka peluang kepada pembekal Malaysia dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi.
“Kami turut membincangkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Kesatuan Eropah (MEUFTA) bagi memperluas akses pasaran dan memperkukuh rantaian bekala,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.









