PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat, susulan ketegangan yang masih berlarutan di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laporan harian yang diterima daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik.

“Laporan setiap hari saya terima daripada kedutaan kita di Riyadh dan juga di Jeddah, konsul kita di Jeddah, menyatakan bahawa keadaan rakyat Malaysia semua okey.

“Pekerja-pekerja rakyat Malaysia di situ semua okey,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Luar (KLN) dan tiga lagi premis kerajaan, di sini hari ini.