KUALA LUMPUR: Kritikan terhadap kredibiliti All Star Championship (ASC) tidak menghalang penganjur meneruskan usaha mengembangkan kejohanan tinju pempengaruh itu ke peringkat antarabangsa, termasuk menerusi penganjuran di Kuala Lumpur dan Dubai.

Pengasas ASC, Datuk Abd Rahman Soltan, berkata kemampuan menganjurkan dua kejohanan berkenaan membuktikan kesungguhan pihaknya membangunkan platform itu, meskipun berdepan kritikan segelintir pihak di media sosial.

Katanya, kritikan adalah perkara biasa dalam usaha memperkenalkan dan mengembangkan sesuatu jenama, namun pihaknya memilih untuk membuktikan kemampuan menerusi penganjuran serta sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak.

"Kalau nak persoalkan kredibiliti, itu hak masing-masing. Kita tidak boleh lari daripada haters dalam media sosial. Yang penting, apa yang kita buat, kita tunaikan.