MELAKA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, individu berkenaan akan dirakam percakapannya selepas berjaya dikesan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, MCMC menerima beberapa laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara itu, termasuk sekurang-kurangnya satu laporan yang dimaklumkan kepadanya.
“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC sedang mengesan individu tersebut dan beli










