KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King meneruskan momentum kecemerlangan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jongmin, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-116 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-19 dalam pertarungan selama 57 minit di Arena SJF Bank.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Roy King, yang muncul juara Terbuka Artik di Finland, Ahad lalu, bakal berdepan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pada pusingan kedua, esok.

Pertemuan sesama negara itu sekali gus menjamin satu slot suku akhir buat Malaysia dalam acara beregu lelaki.