JAKARTA: Niaga hadapan minyak sawit Malaysia meningkat bagi sesi ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh serta kenaikan minyak makan saingan di pasaran Dalian.
Kontrak penanda aras minyak sawit bagi penghantaran Disember di Bursa Malaysia Derivatives meningkat RM51, atau 1.09 peratus, kepada RM4,733 satu tan metrik menjelang rehat tengah hari.
"FCPO menjejaki prestasi Dalian dan harga minyak mentah hari ini," kata seorang pedagang yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Harga minyak meningkat pada Rabu selepas dua kapal terkena projectil di Selat Hormuz, manakala pegawai Iran memaklumkan kepada Reuters bahawa Tehran menggunakan taktik baharu untuk menyasarkan kapal.








