PARIS: Puluhan ribu orang awam menyertai perhimpunan di seluruh Perancis sejak semalam bagi menyokong pelajar sekolah menengah yang mengadakan protes menuntut suasana pembelajaran lebih baik.

Perkembangan itu secara langsung memberi cabaran besar kepada Presiden Emmanuel Macron, ketika tempoh pentadbiran pemimpin itu menghampiri penghujung penggal kedua.

Kira-kira 161,500 orang menyertai perhimpunan itu, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis, lebih dua kali ganda berbanding anggaran 71,500 peserta dalam demonstrasi Khamis lalu.

Walaupun kebanyakan perhimpunan berlangsung secara aman, keganasan tercetus di satu daripada dua perarakan di Paris, yang menurut kementerian itu disertai 41,500 orang.