Georgetown: Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok, atas dakwaan kes rasuah bagi projek pembinaan bangunan institut di negeri ini.
Difahamkan lelaki berusia 53 tahun itu berdepan dakwaan menerima rasuah bayaran projek sebagai balasan melantik syarikat sebagai subkontraktor bagi melaksanakan projek berkenaan.
Peguam yang mewakili lelaki itu, Dr Shamsher Singh Thind mengesahkan anak guamnya akan didakwa esok.
Pertuduhan yang bakal dihadapi lelaki terbabit tiada kaitan dengan kes penjualan tanah yang menyaksikan dia ditahan bersama empat individu lain oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.








