SEREMBAN: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, pihak sekolah bagaimanapun perlu sentiasa memantau kualiti udara serta mematuhi garis panduan ditetapkan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan murid dan warga sekolah terpelihara.
Menurutnya, kesemua aktiviti luar bilik darjah termasuk Pendidikan Jasmani, kokurikulum, sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan dan aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 selaras dengan ketetapan Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2019.
“Murid disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan, khususnya bagi mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.








