KUALA LUMPUR: Pengacara, penyampai radio dan pelakon, Munaa Bella, 31, gagal menahan sebak saat melihat kejayaan pengarah muda, Muhammad Shaffuan.

Kata Munaa, Shaffuan bertuah kerana berpeluang menunjukkan pencapaiannya kepada kedua orang tuanya.

“Tumpah air mata bila tengok mshaffuan dapat memperlihatkan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya.

“Jalan kerjaya macam kami kadang susah, bukan pilihan utama buat ibu bapa, katanya di Thread.