TOKYO: Harga minyak meningkat pada Rabu selepas dua kapal terkena projectil di Selat Hormuz, manakala pegawai Iran memaklumkan bahawa Tehran menggunakan taktik baharu untuk menyasarkan kapal yang melalui laluan strategik itu.

Langkah berkenaan dilaporkan bertujuan mengekalkan harga minyak pada paras tinggi dan mempengaruhi pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 34 sen AS (RM1.39), atau 0.3 peratus, kepada AS$106.03 (RM432.81) setong pada 0630 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula naik 28 sen AS (RM1.14), atau 0.3 peratus, kepada AS$94.42 (RM385.42) setong. Kedua-dua kontrak meningkat lebih AS$1 (RM4.08) pada awal dagangan sebelum mengurangkan sebahagian keuntungan.