Washington: Presiden Donald Trump pada Selasa menuduh kumpulan militan Houthi di Yaman sengaja cuba menaikkan harga minyak menjelang pilihan raya pertengahan penggal Kongres Amerika Syarikat (AS) dan memberi amaran bahawa beliau tidak akan melupakan serangan kumpulan itu terhadap Arab Saudi, ketika konflik serantau yang didorong perang AS dengan Iran semakin meluas.
Houthi bertindak sangat buruk, tulis Trump menerusi hantaran di platform Truth Social, sambil menuduh kumpulan itu menyambung semula serangan atas arahan Iran selepas keadaan agak reda susulan serangan AS di Yaman tahun lalu.
Trump turut menegaskan bahawa amarannya tidak terhad kepada pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November, dengan berkata, Saya akan berada di sana selepas pilihan raya, dan saya tidak akan melupakannya!








