KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan membentangkan cadangan keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada, bagi membendung amalan 'rent-seeking' atau konsep 'Ali Baba,' ke Parlimen, tahun depan.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata ketika ini terdapat Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan aktiviti Ali Baba, khususnya larangan pemindahan lesen.
Bagaimanapun katanya, kekangan undang-undang sedia ada dilihat tidak mampu membendung amalan rent-seeking.
"Kajian sedang dijalankan bagi menyediakan kerangka kawal selia dan cadangan perundangan berkaitan anti rent-seeking.








