WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan perintah kecemasan bagi menghentikan kerja penebangan pokok di sebuah padang golf di Washington.

Ia merupakan antara beberapa projek yang dirancang Presiden Donald Trump untuk mengubah wajah ibu negara itu, selepas ratusan pokok ditebang.

Hakim Ana Reyes meluluskan permohonan kumpulan pencinta alam sekitar yang bimbang selepas kira-kira 500 pokok didakwa ditebang di lokasi itu pada Sabtu, Ratusan pokok lagi kan ditebang menerusi pengumuman pihak berkuasa.

“Penebangan ratusan pokok di Padang Golf East Potomac merupakan sesuatu yang kekal,” katanya dalam keputusan ringkas. Hakim itu juga melarang sebarang kerja penebangan lanjut sehingga pagi Selasa atau sehingga mahkamah mengeluar­kan perintah lain.