Kuala Lumpur: Empat Ahli Dewan Rakyat kerajaan dan pembangkang dilantik sebagai Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi meneliti perkhidmatan Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen yang dilantik ialah Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelugor), Datuk Seri Ir Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN- Kota Bharu).
Terdahulu sebaik saja selesai Sesi Jawab Lisan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan usul pelantikan Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 76.
Anwar berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober lalu, bersetuju untuk mencadangkan Ahli Dewan Rakyat bagi menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen.









