Kuala Lumpur: Sebanyak 326 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia, setakat semalam sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi berbanding kawasan lain di rantau ini.

Berdasarkan laporan di laman web Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), jumlah itu meningkat ketara berbanding 212 titik panas, berbanding 10 Oktober lalu.

Peningkatan jumlah titik panas juga berlaku di Sumatera iaitu sebanyak 303 dicatatkan berbanding 17 pada 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun, hanya satu titik panas dikesan di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak, tiada titik panas dicatatkan, semalam.