Batu Pahat: Ibu tunggal didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kononnya diragut.

Tindakan itu dilakukan bagi mengelak dikenakan bayaran penggantian Mykad miliknya yang tercicir.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Keranjeet Kaur Shivinder, 41, selepas mengambil kira rayuan tertuduh serta hujahan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.