Putrajaya: Semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) akan beroperasi seperti biasa esok.
JPWPP dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, semua aktiviti luar sekolah ditangguhkan sebagai langkah menjaga kesihatan dan keselamatan murid.
"Murid yang hadir ke sekolah juga digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesan jerebu terhadap kesihatan.
"Ibu bapa yang bimbang mengenai kesihatan anak masing-masing dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah," katanya.








