BATU PAHAT: Ibu tunggal didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kononnya menjadi mangsa diragut bagi mengelak dikenakan bayaran penggantian MyKad miliknya yang tercicir.
Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap Keranjeet Kaur Shivinder, 41, selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, ibu dua anak itu didakwa membuat laporan polis palsu dengan mendakwa diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, pada 12 September lalu.






