KULIM - Dakwaan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dilarikan seorang lelaki dengan menaiki motosikal dari sebuah sekolah di daerah ini pada Selasa disahkan tidak benar apabila polis mendapati cerita itu direka rakannya, manakala murid berkenaan dikesan bersembunyi di dalam tandas sekolah.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, murid berkenaan sebelum itu disangka keluar dari kawasan sekolah selepas seorang rakannya mendakwa melihat dia bersama seorang lelaki menaiki motosikal.Bagaimanapun, katanya, siasatan awal polis mendapati dakwaan itu tidak benar selepas rakaman percakapan rakan mangsa mengaku mereka cerita akibat dipercayai tidak berpuas hati dengan murid berkenaan."Kira-kira jam 8.20 pagi ketika berada di sekolah, pengadu iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menerima aduan daripada dua murid perempuan yang memaklumkan rakan mereka keluar dari kawasan sekolah bersama seorang lelaki."Pengadu kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa murid berkenaan."Dimaklumkan pada hari sama kira-kira jam 7.20 pagi, murid terbabit hadir ke sekolah seperti biasa selepas dihantar kakaknya sebelum mengikuti perhimpunan sekolah pada jam 8 pagi," katanya.Syamsul berkata, ketika perhimpunan berlangsung, murid berkenaan dikatakan bermain sanggul salah seorang daripada dua rakannya.Difahamkan, rakan pertama kemudian menarik tudung murid berkenaan sehingga menyebabkan anak tudungnya terjatuh."Selepas perhimpunan, murid tersebut pergi ke tandas untuk membetulkan tudung sebelum bersembunyi di dalam tandas dan tidak masuk ke kelas."Apabila murid berkenaan tidak berada di dalam kelas, rakan kedua memaklumkan kepada pengadu bahawa kanak-kanak itu sudah keluar dari kawasan sekolah bersama seorang lelaki dengan menaiki motosikal," katanya.Syamsul berkata, hasil rakaman percakapan mendapati rakan kedua mengaku mereka cerita berkenaan kerana sakit hati terhadap murid terbabit.Katanya, cerita itu kemudian diikuti rakan pertama walaupun mengetahui ia tidak benar."Siasatan mendapati murid itu sebenarnya tidak keluar dari kawasan sekolah, sebaliknya berada di dalam tandas sekolah."Maklumat bahawa dia keluar bersama seorang lelaki adalah tidak benar," katanya.Sebelum itu, dakwaan berkenaan tersebar sehingga menimbulkan kekecohan dan kebimbangan orang ramai mengenai kehilangan murid terbabit.Berdasarkan maklumat yang tular, orang ramai turut melakukan pencarian di sekitar kawasan ladang kelapa sawit berhampiran selepas dikatakan kanak-kanak berkenaan dibawa ke lokasi itu.
Rakan reka cerita murid hilang rupanya sembunyi dalam tandas sekolah
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Rakan reka cerita murid hilang rupanya sembunyi dalam tandas sekolah (this story)
- Berita Harian Disangka hilang rupanya bersembunyi dalam tandas sekolah








