KULIM: Penemuan murid perempuan berusia 11 tahun yang disangka hilang kononnya mengikut lelaki bermotosikal, mengakhiri kebimbangan ibu bapanya dan warga sekolah selepas dia ditemui dalam tandas sekolah, di sini, hari ini,

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, seorang guru lelaki menerima aduan daripada murid, rakan mereka hilang dipercayai keluar dengan lelaki tidak dikenali menaiki motosikal, dari sekolah.

Guru itu yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) kemudian memaklumkan kejadian kepada ibu bapa murid berkenaan, dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Kob.

Menurut Syamsul, sebelum itu pada hari yang sama kira-kira jam 7.20 pagi, murid itu hadir ke sekolah seperti biasa selepas dihantar kakaknya dan hadir perhimpunan pada jam 8 pagi.