AMPANG JAYA – Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu akhirnya dilaporkan selamat pulang ke rumah mereka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu pulang sendiri ke rumah selepas waktu subuh.

“Kedua-dua mereka telah selamat kembali ke rumah awal pagi tadi. Mereka pulang sendiri selepas berada di rumah seorang kawan,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Syazana dan adiknya, Nur Qistina selepas kedua-duanya dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Syazana dilaporkan keluar dari rumah di Lembah Jaya Utara kira-kira pukul 8 malam Sabtu lalu untuk makan bersama rakannya di kawasan berhampiran.