am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Lembah Jaya Utara, Ampang sejak hujung minggu lalu, pulang ke rumah awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja berusia 16 dan 17 tahun itu pulang sendiri.
"Kedua-duanya selamat pulang ke rumah awal pagi tadi.
Sepanjang tempoh itu, mereka berada di rumah rakan sekitar Ampang," katanya ketika dihubungi, hari ini.






