KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 47 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu selepas kali terakhir dilihat di sebuah kandang lembu di Kampung Bahagia, Bangi Lama.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berkenaan Palachanthar Krishnan, dipercayai berada di lokasi itu kira-kira jam 10 pagi pada 25 September lalu.

"Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan kira-kira jam 9.25 pagi, semalam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang," katanya dalam kenyataan.