KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 47 tahun yang hilang sejak 25 September lalu selepas kali terakhir dilihat di sebuah kandang lembu di Kampung Bahagia Bangi Lama.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, K Palachanthar dipercayai berada di lokasi itu kira-kira jam 10 pagi."Kita menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan kira-kira jam 9.25 pagi semalam (Khamis)."Palachanthar mempunyai ketinggian kira-kira 155 hingga 160 sentimeter dengan berat antara 60 hingga 65 kilogram, berbadan kurus, berambut lurus pendek dan berkulit coklat," katanya dalam kenyataan pada JumaatNaazron berkat, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat, Sarjan M Mazlan Sha Narding di talian 018-274 6196.