Kuala Lumpur: Petarung muay thai negara, Rifdean Masdor bertekad mencipta sejarah dengan menamatkan rekod tanpa kalah juara dunia muay thai atomweight ONE Championship, Nadaka Yoshinari, apabila kedua-duanya bertembung di ONE SAMURAI 4, Sabtu ini.
Petarung yang dikenali sebagai Magic Boy itu bakal mencabar jaguh Jepun berkenaan dalam aksi utama bersama di Ariake Arena, Tokyo, dengan peluang merampas gelaran dunia menjadi taruhan.
Rifdean berkata, pertemuan itu sesuatu dinantikannya sekian lama selepas mengikuti perkembangan Nadaka selama empat tahun, sekali gus menjadikan peluang berdepan petarung itu lebih bermakna buat dirinya.
"Selepas tujuh kemenangan dalam ONE Championship, saya bersedia untuk bertarung dengan Nadaka. Saya memang sudah lama mahu menentangnya dan mengikuti perkembangannya sejak empat tahun lalu.








