BATU PAHAT: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 30 November depan sebagai tarikh sebutan baharu kes empat lelaki yang didakwa membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai.

Majistret, Mustaqim Sukarno, menetapkan tarikh itu hari ini selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa beberapa laporan termasuk patologi masih belum diterima daripada pihak hospital.

Empat tertuduh, Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32; dan How Han Wei, 33, didakwa membunuh mangsa, Low Kai Xian, 39.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.