SHAH ALAM - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 yang dirancang sejak tahun 2015 masih belum dapat disiapkan selepas lebih 10 tahun dengan hanya empat daripada 35 pakej kerja berjaya diselesaikan setakat 31 Mac lalu.Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, empat pakej tersebut hanya mewakili 11.4 peratus keseluruhan projek sepanjang 706 kilometer membabitkan jumlah kos asal RM567 juta.Menurut beliau, baki 31 pakej kerja iaitu 88.6 peratus bernilai RM16.319 bilion masih dalam pelaksanaan."Daripada 31 projek dalam pelaksanaan, sebanyak sembilan pakej kerja merupakan projek sakit, 13 pakej kerja lewat jadual serta sembilan pakej kerja mendahului jadual."Antara isu pengurusan projek yang dikenal pasti sebagai ketakteraturan serius ialah kelulusan Arahan Perubahan Kerja (APK) melebihi had kuasa berjumlah RM513.99 juta dan kelewatan tuntutan kos utiliti bagi projek siap berjumlah RM41.37 juta," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.Bagi Projek LPB Sarawak, Wan Suraya memaklumkan sebanyak 10 pakej kerja berjaya disiapkan sepenuhnya manakala satu pakej kerja iaitu WP11 berada pada tahap 99.9 peratus bagi tempoh sama.Beliau berkata, pencapaian objektif projek LPB Sarawak belum dapat dinilai memandangkan projek belum siap sepenuhnya."Pengauditan mendapati kelemahan dalam aspek pengurusan dan tadbir urus kontrak yang kurang cekap antaranya tuntutan pengalihan dan pemasangan semula utiliti belum dilaksanakan berjumlah RM1.780 bilion dan bayaran berjumlah RM32.07 juta telah dibuat bagi Sistem Maklumat Projek namun sistem tidak dapat diakses selepas tamat tempoh perjanjian," ujarnya.
Projek Pan Borneo Sabah lebih 10 tahun belum siap, sembilan pakej sakit - LKAN

Key takeaways
The Pan Borneo Highway Project in Sabah has not been completed after over 10 years, with only 4 out of 35 packages completed as of March 31. The project's total cost is RM16.319 billion.
- The project has 9 packages that are behind schedule, 13 packages that are late, and 9 packages that are ahead of schedule.
- The project's original cost was RM567 million, but the total cost has increased to RM16.319 billion.
- The audit found serious irregularities in project management, including approval of changes worth RM513.99 million and delayed claims for utility costs worth RM41.37 million.
- The project's management and contract administration were found to be inefficient, with unimplemented claims for utility relocation and reinstallation worth RM1.780 billion.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Projek Pan Borneo di Sabah siap 11.4% selepas 10 tahun
- Free Malaysia Today LKAN kesan banyak kelemahan dalam projek Pan Borneo Sabah
- Sinar Harian Projek Pan Borneo Sabah lebih 10 tahun belum siap, sembilan pakej sakit - LKAN (this story)








