Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah masih belum siap walaupun sudah 10 tahun dirancang, meskipun pengurusannya bertukar tangan daripada rakan pelaksana kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) sejak September 2019. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenal pasti pelbagai kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, selain pelanggaran garis panduan dan peraturan.

Setakat 31 Mac, projek itu masih belum siap selepas 10 tahun dirancang, walaupun pengurusannya bertukar tangan daripada rakan pelaksana kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) sejak September 2019.

LKAN mendapati tapak pembinaan belum disediakan sepenuhnya ketika projek itu dimulakan, dengan pampasan berjumlah RM144 juta masih belum dibayar dan 99 struktur masih belum dirobohkan bagi Fasa 1A projek berkenaan.