SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki yang disyaki menikam lapan individu di sebuah pusat beli-belah di bandar Incheon, semalam dengan seorang daripada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Agensi berita Yonhap melaporkan, jurucakap polis berkata pihaknya sedang menyiasat motif dan punca yang membawa kepada serangan itu.
Seorang saksi yang dipetik Yonhap berkata, suspek dipercayai mengikat pisau pada kedua-dua tangannya sebelum bergerak ke beberapa tingkat pusat beli-belah itu sambil menyerang orang ramai, sebelum ditumpaskan orang awam dan diserahkan kepada polis.
Presiden Lee Jae-myung menggesa siasatan dijalankan dengan segera dan menyeluruh selepas melawat Agensi Polis Metropolitan Incheon serta menerima taklimat mengenai kejadian itu, menurut pejabatnya.






