KUALA LUMPUR: Seramai dua Ahli Dewan Rakyat kerajaan dan dua mewakili pembangkang hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi meneliti perkhidmatan Parlimen.
Ia susulan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan pindaan berkaitan terhadap Perlembagaan Persekutuan mula berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu.
Ia sekali gus mengembalikan perkhidmatan khusus Parlimen, 34 tahun selepas undang-undang terdahulu dimansuhkan pada 1992.
Mewakili kerajaan adalah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Gelugor dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad.






