Kuala Lumpur : "Kita tak cakap teknologi Kecerdasan Buatan (AI) tidak bagus kerana kita pun ambil 'input' dan belajar kenapa orang suka lagu AI di YouTube."
Demikian kata anggota Kumpulan K.O.I, Achoi Floor 88, ketika diminta mengulas karya atau lagu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang hangat diperkatakan ramai.
Achoi berkata, mereka juga tidak ada isu berkaitan penggunaan AI oleh segelintir pihak dalam menghasilkan lagu dan sebagainya.
"Macam AI ini, kita tak ada isu pun walaupun tidak menggunakan teknologi AI untuk hasilkan lagu.










