WASHINGTON: Seorang pemandu bas sekolah yang disayangi ramai dipecat selepas membenarkan seorang pelajar keluar dari kenderaan itu demi menyelamatkan seekor anak kucing yang cedera di Maryland.

Cynthia Morgan, 67, dipecat daripada tugas­nya sebagai pemandu bas sekolah minggu lalu selepas beliau memberhentikan kende­ra­an tersebut untuk mem­bolehkan seorang murid sekolah rendah mengambil anak kucing yang cedera di tepi jalan luar bandar.

Morgan telah berkhid­mat sebagai pemandu bas sekolah dalam sistem Sekolah Awam Har­ford County di timur laut Mary­land selama 11 tahun.

Tindakan pemecatan itu membangkitkan kemarahan ibu bapa yang kemudian memulakan petisyen bagi mendesak agar Morgan diserap semula bertugas dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil dan mengabaikan rekod perkhidmatan bersih beliau.