PUTRAJAYA: Ibu kepada model warga Belanda, mendiang Ivana Smith, mungkin akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kepada Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan hari ini melalui keputusan sebulat suara, mengetepikan ganti rugi RM1.1 juta dalam kes saman Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, berhubung dakwaan kecuaian pihak berkuasa dalam siasatan kes kematian anak perempuannya.

Panel membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2025.

Selepas prosiding hari ini, peguam Verstappen, Datuk Sankara Nair, berkata pihak keluarga mempunyai satu lagi saluran terakhir melalui rayuan ke Mahkamah Persekutuan, tertakluk kepada kebenaran.