KUALA LUMPUR: Peralihan demografi dijangka meningkatkan permintaan terhadap produk farmaseutikal apabila Malaysia diunjurkan menjadi negara menua menjelang 2036.
MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) berkata, perkembangan itu didorong jangka hayat penduduk yang semakin panjang serta kadar kelahiran yang terus menurun.
Dalam nota penyelidikannya, MBSB IB berkata, kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) meningkat dengan ketara seiring penuaan penduduk, sekali gus mewujudkan permintaan berstruktur dan berterusan terhadap terapi farmaseutikal, berbanding lonjakan permintaan bersifat sementara.
"Maka, syarikat farmaseutikal digalakkan beralih daripada penjagaan akut jangka pendek (seperti antibiotik dan analgesik) kepada ubat-ubatan kawalan jangka panjang untuk kesihatan kardiovaskular, metabolik, onkologi dan geriatrik.









