PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan terus menyelaraskan strategi pelaburannya dengan keutamaan negara menerusi pelan strategik lima tahun GEMPUR30, berasaskan tumpuan terhadap sektor pertahanan dan farmaseutikal.

Langkah berkenaan selari dengan peruntukan RM22 bilion kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) di bawah perbelanjaan Belanjawan 2027 yang berjumlah RM510 bilion.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi berkata, pengukuhan kedua-dua sektor kritikal tersebut penting bagi memastikan keselamatan negara, daya tahan kesihatan awam serta kestabilan ekonomi Malaysia kekal terjamin.

“Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan modal yang diamanahkan oleh pencarum diuruskan secara bertanggungjawab bagi menjana pulangan mampan, di samping menyumbang kepada kekuatan nega