PETAI atau nama saintifiknya Parkia speciosa, sejenis tumbuhan legum yang popular dalam masakan tradisional di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Petai mempunyai bau yang kuat dan menyengat. Bau petai biasanya kekal dalam mulut, air kencing dan peluh selepas dimakan menyebabkan ramai yang tidak begitu menggemari petai.
Namun, bagi penggemar petai, bau busuk bukanlah penghalang untuk menikmatinya dalam pelbagai hidangan, malah dijadikan sebagai ulam.
Walaupun ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan, sebenarnya ada pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.









