SEBERANG PERAI – Selepas lima tahun menanti kehadiran cahaya mata sulung, sepasang suami isteri sekali lagi diuji apabila anak kesayangan mereka kini bertarung nyawa akibat kecacatan jantung kongenital yang serius.

Aleeya Mikayla Muhammad Syahir, berusia setahun, memerlukan dana sebanyak RM100,000 bagi menjalani pembedahan jantung dengan segera.

Bapanya, Muhammad Syahir Mohd. Nasir, 37, berkata, kebimbangan mula dirasai saat trimester akhir kehamilan isterinya, Balqis Ahmad Radzi, 30, apabila doktor mengesan degupan jantung bayi mereka agak lemah sebelum pembedahan dilakukan.

“Selepas dilahirkan, Aleeya Mikayla hanya sempat menangis sekali sebelum seluruh tubuhnya bertukar kebiruan akibat kekurangan oksigen. Dia terus dimasukkan ke inkubator untuk bant