PETALING JAYA – Pemandu kereta BYD yang ditahan di Hospital Damansara hari ini akan didakwa dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Trafik, Jalan Duta, esok.

Pemandu berkenaan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Suspek kemudian dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan pada pukul 3 petang tadi sebelum pihak pendakwaan bersetuju supaya suspek dituduh di mahkamah.