KUALA LUMPUR - Pemandu BYD yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching di sini, Sabtu lalu sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Trafik Jalan Duta pada Khamis.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah hospital swasta di Damansara pada Rabu selepas dibenarkan keluar dari hospital.Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ditahan di lokap kira-kira jam 12.30 tengah hari."Kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan pada jam 3 petang dan selepas perbincangan, pihak pendakwaan bersetuju untuk menuduh pemandu berkenaan di Mahkamah Majistret Trafik Jalan Duta pada jam 9 pagi, Khamis."Pemandu itu akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 41(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching di sini, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.Dalam kejadian kira-kira jam 3.44 petang itu, BYD Seal berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Bezza yang bergerak dalam aliran trafik perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.Pelanggaran itu turut melibatkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza terbabit berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi.Akibat kejadian itu, Asiah Ahmad Syahir, lima tahun, yang menaiki Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Pemandu Perodua Bezza berusia 30 tahun pula mengalami luka di tangan kanan, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun cedera di kepala.
Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa esok

Key takeaways
Pemandu BYD yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching akan didakwa di Mahkamah Majistret Trafik Jalan Duta pada Khamis.
- Kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Kuching menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
- Pemandu BYD ditahan di hospital swasta sebelum dibawa ke lokap polis untuk ditahan.
- Pemandu itu akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, kanak-kanak lima tahun maut
- Sinar Harian Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa esok (this story)








