KUALA LUMPUR: Ordinan baharu Kerajaan Nepal berhubung perisytiharan kematian mangsa bencana yang masih gagal dihubungi, akan memberi kepastian undang-undang dan pentadbiran lebih jelas.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ordinan yang memendekkan tempoh perisytiharan kepada 45 hari berbanding 12 tahun dari tarikh bencana itu akan memberi kelebihan kepada keluarga yang terjejas.
"Kita menyambut baik kelulusan ordinan baharu Kerajaan Nepal ini," katanya dalam kenyataan diterbitkan Wisma Putra hari ini.









