SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh lelaki tempatan di Semenyih, Kajang, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, berkata setakat ini, 15 suspek termasuk dua warga asing sudah ditahan, dengan sebahagiannya sudah dituduh di mahkamah.

Katanya, tangkapan dibuat ke atas semua suspek susulan kehilangan mangsa pada 24 September sebelum mayatnya ditemukan, 27 September lalu.

"Siasatan dan tangkapan ke atas suspek dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh isteri mangsa selepas beberapa jam gagal menghubungi suaminya.