Shah Alam: Polis sedang memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki tempatan di Semenyih, Kajang, pada hujung bulan lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, seramai 15 suspek termasuk dua warga asing sudah ditahan setakat ini dengan sebahagiannya sudah dituduh di mahkamah.

Menurutnya, tangkapan dibuat ke atas kesemua suspek susulan kehilangan mangsa pada 24 September lalu sebelum mayatnya ditemukan pada 27 September lalu.

"Siasatan dan tangkapan terhadap suspek dijalankan susulan laporan yang dibuat oleh isteri mangsa selepas beberapa jam gagal menghubungi suaminya.