AYER KEROH : Biarpun berdepan serangan peribadi di media sosial, ia tidak menghalang bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, daripada menawarkan diri untuk bertanding di DUN Klebang pada pilihan raya akan datang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, berkata beliau sudah menghantar pencalonan kepada kepimpinan parti bagi menawarkan diri bertanding di kerusi berkenaan dengan hasrat meneruskan khidmat dan mendekati masyarakat setempat.
Katanya, beliau mengakui kesal apabila dilabel sombong dan kurang mesra menerusi serangan peribadi di media sosial, sedangkan beliau sudah beberapa tahun menjalankan gerak kerja menyantuni masyarakat di kawasan berkenaan.









