MELAKA - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Farzana, 26, yang pernah bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Sungai Rambai pada PRN lalu berkata, Klebang menjadi pilihannya kerana beliau merupakan anak jati Bukit Rambai.Bagaimanapun katanya, keputusan mengenai pencalonannya masih tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan pucuk pimpinan parti."Sebenarnya, Klebang menjadi pilihan saya sejak PRN Melaka sebelum ini, namun ketika itu saya ditawarkan bertanding di DUN Sungai Rambai. Saya terima tawaran itu untuk menimba pengalaman kerana ketika itu masih muda."Kali ini saya tawar diri bertanding di Klebang. Ini kali kedua saya menawarkan diri untuk dicalonkan, jadi memang berharap dapat menang di Klebang," katanya ditemui pada Rabu.Katanya, Klebang juga merupakan antara kerusi sasaran PH untuk dimenangi pada PRN kali ini susulan PRN 2021 lalu menyaksikan kekalahan hanya sekitar 800 undi.Mengulas dakwaan bahawa beliau bersikap sombong dan tidak mesra, Farzana menyifatkan itu sebagai pandangan peribadi oleh segelintir pihak yang tidak mempunyai isu lain yang mahu dibangkitkan."Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya jenis macam mana orangnya dan sudah beberapa tahun saya meneruskan gerak kerja menyantuni masyarakat di kawasan DUN itu."Mungkin komitmen terhadap tanggungjawab yang digalas menyebabkan masa untuk berinteraksi dengan semua pihak agak terbatas," katanya.Bagaimanapun baginya, kritikan yang diterima akan dijadikan pembakar semangat untuk bekerja lebih keras bagi membuktikan dakwaan terhadap dirinya tidak berasas.PRN 2021 menyaksikan, Farzana tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Siti Faizah Abdul Azis yang memperoleh majoriti 1,137 undi.
PRN Melaka: Farzana tawar diri bertanding DUN Klebang

Key takeaways
Farzana Hayani menawarkan diri untuk bertanding di DUN Klebang pada PRN Melaka, kerusi yang menjadi pilihannya kerana beliau anak jati Bukit Rambai.
- Farzana, 26, pernah bertanding di DUN Sungai Rambai pada PRN lalu.
- Ketua AMK Tangga Batu ini menawarkan diri untuk dicalonkan di Klebang untuk kali kedua.
- Beliau menafikan dakwaan bersikap sombong dan menyatakan beliau aktif membantu masyarakat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Berita Harian PRN Melaka: PN bimbang tak boleh bertanding
- Berita Harian PRN MELAKA: PH tawar gagasan 'Melaka Rumah Kita'
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Setiausaha politik PM sah bertanding di DUN Paya Rumput
- Sinar Harian PRN Melaka: Farzana tawar diri bertanding DUN Klebang (this story)








