WASHINGTON — Penampilan sulung Setiausaha Akhbar White House yang baharu, Katie Zacharia, dalam sesi taklimat media pertamanya menjadi tular selepas beliau dilihat gagal mengawal emosi, gementar, dan melakukan beberapa kesilapan melucukan.

Taklimat media berdurasi 14 minit yang berlangsung pada semalam pada asalnya bertujuan untuk memperkenalkan Zacharia, 41, sebagai wajah baharu pentadbiran Presiden Donald Trump bagi menggantikan Karoline Leavitt.

Bagaimanapun, sesi tersebut bertukar menjadi medan kritikan netizen selepas beberapa potongan video taklimat itu tular di platform X dan Instagram.

Antara momen paling mencuri tumpuan adalah apabila beliau tersasul ketika menjawab soalan wartawan mengenai bagaimana beliau merancang membahagikan masa antara kerjaya baharunya yang sibuk dengan tanggungjawab membesarkan empat orang anak.