Shah Alam: Seorang lelaki maut selepas Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena yang diletakkan di tepi jalan di Jalan U10/99, Perindustrian Alam Awana, Seksyen U10, Puncak Alam, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

"Tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.