BENTONG: Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan kemelut tanah diusahakan mereka sejak 14 tahun lalu.
Rayuan itu dibuat selepas mereka mendakwa kawasan berkenaan bakal diambil alih susulan pemberian hak memungut hasil tanaman atau 'tapping right' kepada sebuah syarikat swasta.
Ketua Pengusaha Ladang Chemomoi Hutan Simpan Kemasul 2, M Tamilchelvam, 65, berkata perkembangan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peladang kerana hasil tanaman berkenaan menjadi sumber utama pendapatan keluarga.
"Kami merayu Tuanku mendengar rintihan kira-kira 300 pengusaha yang selama ini bergantung hidup kepada hasil tanah berkenaan.









