am@hmetro.com.my
Miri: Semua aktiviti di sebuah ladang sawit di Kuala Baram di sini dihentikan serta-merta selepas kebocoran gas dari bawah tanah dikesan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika kerja penggerudian dijalankan pada kedalaman 28.5 meter sebelum kebocoran dilaporkan pada 3 Oktober lalu, kira-kira jam 10 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.54 pagi hari ini.
Menurutnya, susulan laporan berkenaan, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 19 kilometer dari balai.









