WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau tidak percaya China dan Russia membantu Iran 'sama sekali'.
Pendapatnya bercanggah dengan laporan risikan AS sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang mendapati kedua-dua negara terbabit secara langsung menyokong usaha perang Tehran.
Trump menerusi platform Truth Social, berkata beliau membaca kenyataan pengkritik dan pihak yang menentangnya, mendakwa China dan Russia membantu Iran.
"Jika benar mereka membantu Iran, bantuan itu mungkin sangat kecil. Namun, saya tidak percaya mereka membantu Iran sama sekali.









